Friday, 5 December 2014

I S L A M



Kau mengaku kau Islam.
Tapi amalan kau langsung tak mencerminkan kau ni seorang Muslim.
Kau tak lakukan apa yang islam perintah.


Kita dimuliakan bukan kerana bangsa Melayu.

Tapi kerana Islam kita dimuliakan.

Nanti kau mati,
Malaikat takkan tanya apa bangsa kau.
Yang ditanya,
" Ma dinuka? "
Apa agamamu?

Dapatkah kita jawab
" Al-Islamu diini. "
Islam itu agamaku.

Sedangkan kita tidak beramal dengan apa yang Islam suruh.


Memang!
Hari ini mulut boleh melafazkan syahadah.
Boleh mengaku Islam.

Ingat sahabat !
Yang menjawab soalan kelak bukannya mulut .
Tetapi amalan kita.


Baik amalan kita ,
Maka baiklah jawapan kita kelak.


Jangan kau ingat ,
Masuk kubur nanti ,
IC yang membuktikan keIslaman engkau .


Islam lah pada diri.
Bukan pada IC .

Islam lah sebenar-benarnya.

Islam lah!

Salam alayk .
Moga Allah chenta .
-Budak Da'ie

Thursday, 4 December 2014

F U T U R

                                                       Dakwah itu susah sebab Syurga Allah itu Mahal


Bila diri terasa futur untuk berdakwah
Bila diri terasa penat untuk berdakwah

Dek tuduhan manusia yang tak puas hati
Dek caci maki mulut manusia tak henti

Hadirkan lah satu ungkapan
" itu hanyalah ujian. "
Senyum.

Biasalah tu .
Bukan dakwah kalau tak dicaci
Bukan dakwah kalau tak dibenci

Jalan dakwah ini bukanlah dibentangkan dengan karpet merah .
Tetapi jalan ini ditaburi dengan duri yang penuh tajam.

Sakit .
Pedih .
Letih .
Sedih .

Tapi andai sabar dan ikhlas menjadi pilihan

Sakit .
Pedih .
Letih .
Sedih .

Semua itu dibalas syurga Allah .

Teringat kata Murabbi

"Kalau hendak selesa, tak mahu dikeji, dihina, dicemuh dan seumpamanya, maka itu bukan kerja DAKWAH."

-Ustaz Azhar Idrus


Even Nabi yang maksum tu pun ade orang benci .
Inikan pula kita seorang pendosa .
Nabi berdakwah . Banyak tentangan .
Dibaling batu .
Dilempar najis .
Dicemuh .
Sampaikan dituduh gila .
Tapi Baginda masih tetap imannya untuk menyebarkan Agama Allah . Sehingga hari ini kita dapat merasai nikmat Islam yang dibawa oleh baginda .

Kita ?

Wahai Da'ie
Usah bersedih .
Teruskan perjuangan dalam menyambung legasi dakwah Nabi Muhammad saw.
Allah tidak pernah menjanjikan hidup ini mudah. Tapi Dia berjanji akan sentiasa disisi kita .

Anggaplah cacian manusia itu ujian.
Ujian yang menguatkan iman.
Ujian yang menaikkan semangat.
Bukan melemahkan .

Kita ni Da'ie .
Bila sebut da'ie , mesti kuat .

Mehh ! Bangun .
Lupakan segala cacian tu .
Pandang ke depan.

Syurga Allah menanti !
Qawiy Lillahi Taala .

Senyum :')
* lap air mata

Moga bermanfaat .
-Budak Da"ie

Sunday, 5 October 2014

U J I A N



                                                                       -Budak Da'ie


Dalam berdakwah , ujian menjadi teman .
Ujian menjadi kawan .
Ujian menjadi rakan .

Tak gentle la kalau tak pernah diuji .
Tak macho la kalau tak pernah merasa ujian .


Lumrah setiap manusia .
                                                                                              
 Kau .
                                                                         
Aku .
                                                                     
Kita .


Semuanya pernah ditimpa ujian . Ujian  iman , ujian harta , ujian perasaan dan banyak lagi .


Ada manusia yang diuji dengan kekayaan . Ada manusia diuji dengan kemiskinan .
Ada manusia diuji dengan nikmat sihat . Ada manusia diuji dengan sakit .
Ada manusia diuji dengan pemergian orang yang tersayang .


Begitulah aturan Allah Azza Wajalla .

Sang Pencipta kita .
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita .


Tapi , apabila didatangkan ujian , manusia mengeluh .
Sedih .
Marah .
Seakan-akan tidak redha atas ketentuan Tuhan .

 
" Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan ( harta) dia menjadi kikir. Kecuali orang2 yang melaksanakan solat, Mereka yg tetap setia melaksanakan solatnya".
 

(Al-Ma' arij:19-23)  


Ujian itu hadiah daripada Allah . Mungkin kita dah lama tak berhubung denganNya . Allah rindukan kita . Sebab itu lah Dia kirimkan ujian buat kita . Dia hendak mendengar rintihan hambaNya .

Ujian itu datang dengan banyak cara . Kadang-kadang kita je yang tak sedar .

 

Allah datangkan
orang memarahi kita ,
memfitnah kita , memaki kita , membuka aib kita , membebel pada kita ,
berkata pedas kepada kita , mengumpat kita dan berbagai lagi .

 Itu tanda Allah sayang pada kita dan tanda Allah sedang menguji tahap iman kita .
Bila diuji , bersabarlah .
Redhalah .
Bersyukurlah .

Jangan sesekali Mengeluh .
Jangan jatuh .
Jangan futur .

 

BERDOALAH , Allah rindu nak dengar rintihan kita . Kuatkan iman kita . Agar dapat melangkah ke Syurga Firdausi .

 

"Lain orang ,
Lain ujiannya .
Allah uji sebab Dia sayang kau ,
Dia sayang aku .
Dia sayang kita .
Mengapa perlu mengeluh ?
Sedangkan ujian itu kafarah dosa."



Senyumlah

-Budak Da'ie 



 


Monday, 15 September 2014

D A K W A H



Dakwah dimulakan oleh seorang lelaki yang bernama Muhammad SAW . Allahumma solli 'ala Muhammad

Diteruskan oleh 313 orang Ahli Badar .

Dipertahankan oleh Kerajaan Umayyah , Uthmaniah dan Abassiyah .

Dan . . .

Perjuangan itu diteruskan oleh KITA . Ya , kita semua . Tiada yang terkecuali .

 . . .
  
Meh ushar kata-kata ulama' dalam kitab al-munthalaq :

" Sesiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadah , maka dia seorang daie."
*Daie =  Pendakwah = Orang yang menyeru kepada kebaikan .


"Malas la berdakwah . Kan dah ramai orang yang berdakwah ."
 

Sama juga macam kau kata 

" Malas la masuk syurga . Kan dah ramai yang masuk syurga."  

Memang . Aku bukan  seorang ustaz .
Tapi aku sedar , ini amanahku sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini .

Memetik kata Imam Hasan Al-Basri
" Jika kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah , nescaya tiada dakwah yang akan berjalan di muka bumi ini ."
Jelas ?

 " Bajet alim la kau ni !"" Takyah nak tujuk baik sangat lah !

Biarlah orang mengutuk kita .
Biarlah orang menghina kita .
Mulut manusia tak pernah diam !

Sekurang-kurangnya kita sudah menunaikan hak kita sebagai seorang muslim . Dakwah amanah kita .

Rasulullah SAW bersabda

"Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat."
Sekian .

-Budak Daie